Saturday, 5 July 2014

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL DI SEBALIK WAJAH

Tema Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
Persoalan  1.    Persoalan rajin membacaContoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.  2.    Persoalan menghargai persahabatanContoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.  3.    Persoalan kasih sayang antara ahli keluargaContoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri.  Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.  4.    Persoalan keinsafanContoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.  5.    Persoalan aplikasi IlmuContoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.  6.    Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik

Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.  7.    Persoalan berdikariContoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya.  Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.    8.    Persoalan pasrah menerima ketentuan TuhanContoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.  9.    Persoalan taat akan perintah agamaContoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

No comments:

Post a Comment